Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana data boleh digunakan dan dilindungi.
Ya

Bantuan

Menulis Tajuk Petisyen

Sampaikan dalam 100 aksara


Tajuk adalah bahagian pertama yang dilihat di petisyen anda-- dan jika tidak dapat menarik perhatian mereka, mungkin ia adalah yang terakhir! Inilah sebabnya amat penting untuk menggunakan beberapa perkataan yang jelas, menarik, dan benar-benar menggambarkan intipati petisyen tersebut. Berikut adalah beberapa contoh dan cadangan untuk mengukuhkan tajuk petisyen.

PETUA:


  • Masukkan “meme”: Kata-kata yang mudah diingati dan merangkumkan kesemua maklumat.
    Contoh: berlian berdarah, Tibet rayu bantuan dengan tangisan, nyawa mengatasi keuntungan
  • Spesifik: Anda boleh nyatakan sasaran, undang-undang yang dikatakan dalam petisyen ataupun masukkan nama bandar/negara yang berkaitan.
  • Gunakan kata kerja aktif: Jadikannya sesuatu tindakan yang akan disokong oleh orang ramai.

CONTOH:

  • Malaysia: Luluskan Pindaan Ruu Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori!
    Jelas menyatakan lokasi dan undang-undang yang dikatakan pada masa yang sama menonjol kepada orang ramai.
  • Guru Besar Siti: Hentikan Diskriminasi Ke Atas Pelajar
    Gunakan kata aktif dan membentuk tuntutan petisyen anda sebagai satu keputusan yang boleh diambil oleh sasaran anda.
  • Lucutkan Jawatan Rupert Murdoch
    Terus Terang-- gunakan kata-kata yang boleh digunakan sepanjang kempen dan menjelaskan tuntutan dalam bahasa yang mudah diingati dan segar dalam minda.
  • CEO Hilton, Nassetta: Hentikan rogol di hotel anda
    Nyatakan sasaran anda secara langsung pada masa yang sama membentuk perkaitan yang mengerikan dan menimbulkan kontroversi.
  • Menjawab tangisan Tibet untuk bantuan, Hentikan tindakan keras China
    Jelas dan ada unsur ingin tahu-- anda memahami bahawa penduduk Tibet memerlukan pertolongan untuk mempertahankan diri daripada tindakan keras China namun anda tidak pasti apa sebenarnya tangisan itu atau bagaimana kita boleh "menjawabnya".
  • Beritahu menteri alam sekitar EU : "bolot atau pokok" dalam dasar perhutanan kita?
    Sedikit unsur gurauan boleh membawa kesan yang berpanjangan.