Dengan meneruskan, anda menerima Dasar Privasi Avaaz yang menjelaskan tentang bagaimana data boleh digunakan dan dilindungi.
Ya

Bantuan

Bagaimana untuk mempromosikan petisyen anda

Kongsikan petisyen anda ke seluruh dunia


Salah satu faedah meletakkan petisyen anda dalam talian ialah anda boleh berkongsi dengan ramai orang dalam masa yang singkat. Mudah sekali-- lagi ramai orang anda beritahu mengenai petisyen anda, lagi banyak tandatangan yang anda terima. Berikut adalah antara kaedah terbaik untuk menyebarkan kata-kata mengenai petisyen anda. Rakan anda akan lebih cenderung untuk bertindak terhadap sesuatu yang dilihat berulang-ulang kali, oleh itu, manfaatkan kaedah-kaedah ini, sebaik mungkin.

E-MEL KEPADA RAKAN TERBAIK ANDA


E-mel adalah kaedah penting untuk mengajak orang ramai untuk menyertai petisyen anda. Ia merupakan tunjang kepada kejayaan Avaaz-- sejak kewujudan petisyen komuniti Avaaz, lebih ramai orang telah menandatangan petisyen yang dihantar oleh seseorang yang mereka kenali berbanding dengan orang lain. Melalui e-mel, anda boleh mendekati dan menyampaikan kisah penuh sesuatu isu, bukan terhad kepada 140 aksara sahaja seperti di medium lain. Sekiranya anda mempunyai petisyen yang aktif, klik sini untuk melihat panduan e-mel yang kami sediakan bagi menulis e-mel yang berjaya dan kongsikannya dengan semua orang yang anda kenali.

MEDIA SOSIAL MENYEBARKAN KATA-KATA ANDA


Facebook dan Twitter mungkin adalah platform yang paling mudah untuk berkongsi petisyen anda dengan ramai orang yang anda kenali. Di Twitter-- pastikan anda sertakan individu yang boleh membantu dalam menarik perhatian pihak sasaran petisyen anda dan hashtag yang sedang giat diperkatakan. Ini akan membolehkan orang yang berkongsi minat yang sama menyedari petisyen anda. Meminta rakan anda yang mempunyai 10 kali ganda pengikut di Twitter untuk sama-sama kongsikan :)

SERTAI PERBUALAN DALAM TALIAN


Terdapat pelbagai cara untuk berkongsi maklumat dalam talian. Cuba berkongsi di blog anda atau di penulisan orang lain-- anda boleh memuatkan pelbagai maklumat, lebih banyak daripada melalui e-mel, dan semua yang sedang membaca penulisan itu akan turut membaca perkongsian anda. Jadi, teruskan dan menjadikannya seperti ruang peribadi, masukkan pautan, carta, dan hujah anda. Mungkin sebuah organisasi yang anda merupakan sebahagian daripadanya memiliki laman dan sedia berkongsi petisyen anda di sana. Jika anda ternampak berita berkaitan dengan isu anda, cuba pertimbangkan untuk menyertakan pautan ke petisyen anda di bahagian ulasan berita tersebut-- pembaca mungkin mengunjungi petisyen tersebut dan wartawan akan mengetahui tentang inisiatif anda.

MANFAATKAN KELAPANGAN SECARA PRODUKTIF


Kita semua pernah mengalaminya-- lihat di senarai rakan sembang untuk mengetahui apa yang mereka sedang bersembang. Sama ada Skype, Gchat, AIM, atau lain-lain, kongsikan pautan dan sertakan diskripsi di Status adalah satu cara yang bagus bagi membolehkan mereka yang sedang berkelapangan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat.

MENCARI MINAT DI FORUM DAN KUMPULAN


Sebahagian daripada cabaran untuk berkongsi petisyen anda ialah mencari orang yang berminat terhadap isu yang anda bawakan. Dengan mengambil peluang pada mereka yang berkongsi minat yang sama, ia boleh membantu anda elak bermula daripada sifar. Fikir tentang kumpulan e-mel yang anda sertai, terdapatnya orang lain (sebuah organisasi, pasukan sukan, persatuan profesional, dan lain-lain) atau cuba mencari kumpulan pada sesuatu topik. Forum web, laman di mana orang berbincang mengenai sesuatu topik, juga adalah tempat yang baik untuk diteliti. Anda mungkin tidak tahu semua orang di kumpulan ini, tetapi itu adalah perkara yang baik-- menemui orang yang anda tidak kenali tetapi berkongsi minat terhadap isu anda adalah penting untuk meningkatkan sokongan petisyen anda.

... dan ...

FOKUS PADA PETISYEN ANDA!


Idea yang baik lebih mudah untuk diterima ramai. Cara terbaik untuk meningkatkan tandatangan ialah bermula dengan petisyen yang paling kuat! Perkongsian yang anda lakukan adalah mustahak untuk mendapatkan sokongan. Petisyen anda benar-benar menjadi kukuh apabila orang yang tidak pernah anda kenali mula berkongsi petisyen di rangkaian mereka. Perkara yang kecil seperti menajamkan tajuk anda atau memilih gambar yang terbaik dapat membantu dalam menjadikan petisyen anda lebih berpengaruh. Jangan terlalu fokus dalam menjadikan petisyen anda sempurna sebelum orang menandatangannya, tetapi pada masa yang sama terbuka kepada cadangan untuk menambahbaik petisyen anda.